хХх::[Dunia Remaja Indonesia]::хХх
MAAF, FORUM DUNIA REMAJA INDONESIA PINDAH KE http://nadakeras.taro.tv/forum

Join the forum, it's quick and easy

хХх::[Dunia Remaja Indonesia]::хХх
MAAF, FORUM DUNIA REMAJA INDONESIA PINDAH KE http://nadakeras.taro.tv/forum
хХх::[Dunia Remaja Indonesia]::хХх
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
хХх::[Dunia Remaja Indonesia]::хХх

Situs/Web/Forum/Blog dan Komunitas Remaja (Indonesian Only)


You are not connected. Please login or register

Ibnu Shina dalam Sejarah

Go down  Message [Halaman 1 dari 1]

1Ibnu Shina dalam Sejarah Empty Ibnu Shina dalam Sejarah Thu 18 Jun 2009, 18:43

ralqis

ralqis
[DRI] Pendiri

Bapak Kedokteran Dunia

Beliau
dilahirkan pada tahun 980 M / 370 H di Afsyinah, sebuah desa kecil
tempat asal ibunya, iaitu nama sebuah kampung yang terletak berhampiran
dengan Bukhara, dalam Republik Uzbekistan. Ayahnya, Abdullah, adalah
seorang Gabenor Samanite yang kemudian bertugas di Bukhara. Sejak kecil
lagi beliau telah memperlihatkan kepintarannya yang cemerlang dan
kemajuan yang luar biasa dalam menerima pendidikan. Paling istimewa,
beliau telah hafal al- Qur'an pada usianya 10 tahun.


Ibnu Sina merupakan seorang yang sangat tekun dalam menimba
ilmu pengetahuan di mana beliau tidak akan tidur pada waktu malam
kecuali setelah beliau banyak membaca pada malam tersebut. Begitu juga
beliau tidak akan tidur pada waktu siang kecuali setelah beliau
berusaha mendapatkan ilmu pengetahuan pada hari tersebut.


Beliau tidak pernah ketinggalan daripada menghadiri pengajian
ilmu fekah dan falsafah sehingga beliau memiliki cara tersendiri di
dalam menyelesaikan pelbagai masalah. Beliau memulakan pengajian pada
peringkat awal di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera. Beliau turut
mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, logik, matematik, sains,
fiqh dan perubatan. Namun begitu, beliau lebih terkenal di dalam bidang
perubatan iaitu sebagai doktor ataupun sebagai mahaguru di dalam bidang
tersebut.

Nama
Ibnu Sina mula terkenal setelah berjaya menyembuhkan penyakit raja
Bukhara, Nooh ibnu Mansoor. Ketika itu usianya baru mencecah 17 tahun.
Sebagai penghargaan, raja meminta Ibnu Sina menetap di istana,
setidaknya sementara selama baginda dalam proses pengubatan. Namun Ibnu
Sina menolaknya dengan halus. Sebagai imbalan ia hanya meminta izin
untuk menggunakan perpustakaan kerajaan yang kuno dan antik. Tujuannya
adalah untuk mencari berbagai rujukan asas untuk menambahkan ilmunya
agar lebih luas dan berkembang. Kemampuan ibnu Sina yang cepat menyerap
berbagai cabang ilmu pengetahuan membuatnya menguasai berbagai macam
bahan intelektual dari perpustakaan Kerajaan pada usia 21 tahun.


Setelah ayahnya wafat, ia meninggalkan Bukhara karena gangguan
politik dan pergi ke kota Gorgan, yang tekenal dengan kebudayaannya
yang tinggi. Dia diundang oleh Raja Khawarizm, pelindung besar
kebudayaan dan pendidikan. Di sana beliau membuka klinik perubatan di
samping aktif dalam bidang pendidikan dan turut menghasilkan buku-buku
ilmiah. Setelah itu, Ibnu Sina melanjutkan perjalanannya. Antara lain
ke Kota Ravy dan Kota Hamadan.

Ibnu Sina berjaya menguasai
kesemua bidang ilmu dalam usia yang masih terlalu muda. Beliau mula
terkenal apabila berjaya mengubati penyakit Putera Nub Ibn Nas al-
Samani. Ketika itu tiada seorang doktor pun yang berjaya mengubati
penyakit putera tersebut. Beliau seterusnya diberikan gelaran al-
Syeikh al- Rais ( Mahaguru Pertama) di atas kepakarannya dalam bidang
perubatan.

Beliau bukan sahaja terkenal di wilayahnya dan di negara-negara Islam
sahaja bahkan juga di seluruh pelusuk dunia. Buku tulisan beliau iaitu
Al Qanun fil Tib telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593. Buku itu
kemudian dialihbahasa kepada Bahasa Inggeris dengan judul Precepts Of
Medicine. Ianya telah dicetak sebanyak 15 bahasa dalam masa tidak
sampai 100 tahun. Malahan sehingga abad ke-19, bukunya masih diulang
cetak dan digunakan oleh para pelajar perubatan.

Beliau
juga turut menghasilkan pelbagai buku yang mengandungi sajak-sajak
perubatan yang berjudul “Remedies For The Heart”. Huraian mengenai 760
jenis penyakit bersama dengan kaedah mengubatinya diterangkan di dalam
buku tersebut.
Buku-buku yang ditulis beliau bukan saja mengenai bidang perubatan
malahan merangkumi juga bidang lain seperti metafizik, muzik,
astronomi, philogi ( ilmu bahasa), syair, prosa, dan agama. Sehingga
kini buku yang dihasilkan beliau adalah sebanyak 250 buah buku.
Karya-karya penulisan yang dihasilkan Ibnu Sina begitu hebat, sehingga
menjadi rujukan bagi para ilmuwan di berbagai zaman dan pelbagai
tempat, termasuk di dunia Barat.

Pencapaian beliau yang
cemerlang bukan sahaja di dalam bidang perubatan, malahan juga beliau
turut mencapai tahap kecemerlangan yang tinggi di dalam bidang ilmu
logik sehingga diberi gelaran guru ketiga. Di dalam bidang penulisan
pula, beratus-ratus karya beliau hasilkan termasuk risalah yang
mengandungi hasil sastera kreatif.

Sampai kini ilmunya yang
ditulis dalam buku "Al Qanun Fi al- Tib" tetap menjadi dasar bagi
perkembangan ilmu kedokteran dan pengobatan dunia. Karena itu Ibnu Sina
menjadi bagian tak terpisahkan dari perkembangan ilmu kedokteran dunia.
Bukunya "Al Qanun" " diterjemahkan" menjadi "The Cannon" oleh pihak
Barat, yang kemudian menjadi rujukan banyak ilmuwan abad pertengahan.
Buku itu diantaranya berisi eksiklopedia dengan jumlah jutaan item
tentang pengobatan dan obat-obatan. Bahkan diperkenalkan penyembuhan
secara sistematis dan dijadikan rujukan selama tujuh abad kemudian (
sampai abad ke-17).

Sumbangan Ibnu Sina di dalam pelbagai bidang
menjadikan beliau seorang tokoh yang amat disegani dan wajar di
contohi. Beliau juga di anggap sebagai seorang yang bertanggungjawab
menyusun ilmu falsafah dan Sains dalam Islam. Sesungguhnya , Ibnu Sina
bukan sahaja unggul dalam bidang perubatan tetapi kehebatan dalam
bidang falsafah mengatasi gurunya sendiri iaitu al- Farabi.

Ibnu
Sina meninggal pada tahun 1073, saat kembali di kota yang disukainya,
Hamadan. Walau ia sudah meninggal, namun berbagai ilmunya sangat
berguna dan digunakan untuk menyembuhkan berbagai penyakit yang kini
diderita umat manusia.

https://www.facebook.com/profile.php?id=100001069460412

Kembali Ke Atas  Message [Halaman 1 dari 1]

Permissions in this forum:
Anda tidak dapat menjawab topik